aku dan wataniah

assalammualaikum...

ok as i said before for dis entri aku akan cite kat korang perjalanan hidup aku mase training wataniah.. untuk entri kali ni aku akan lebih masukan gamba sebab nak cite panjang-panjang pun takot korang tak berminat..so aku tahu korang semua lebih suke tengok gamba dari bace entri aku yang panjang lebar bagai ni kan..dats rite...


minggu pertama


aktiviti permulaan ni banyak dalam kelas sebab kitorang kene belaja asas and teori dulu baru boleh buat praktikal.. masuk bab kelas jek benda yang aku paling tak suke adalah kene pay attention..aku ni da la tak boleh kalau dengar ceramah lama-lama, memang confirm aku tido...hahaha...tapi yang tak bestnya bile kite da syok-syok tido jurulatih akan sergah kita dengan suare yang sgt kuat ye...sekali dengar memang boleh luruh jantung you!udah le garau, berdesing pulak telinga dibuatnye... sabarrr je la..(intonasi seperti husin dalam cite mael lambong a.k.a kwn mael lambong)...aktiviti dalam kelas ni kitorang tak boleh gune hp or wat so ever alatan digital termasuk jam tangan, so ofkos la no camera allowed...so untuk sesi dalam kelas tak ada gamba yang dapat di 'snap'...yang ade juz gamba aktiviti kitorang yang da rupe cam budak sekola..




menunggu arahan daripada jurulatih..



ni pulak sesi meregangkan otot dengan lari-lari anak...



take a break dgn skot yang sgt sporting...thumbs up!


aktiviti keagamaan tidak dilupa...wajib!..peace yo!



bile mlm menjelma kena tukar uniform then sesi Baris Turus


minggu kedua

dimulakan dengan kelas menembak dan how to handle senjata properly..okay sebelum aku terlajak jauh ingin aku maklumkan, kat sini kitorang menggunakan senjata M16 yang mempunyai berat 2.95 kg..sebelum latihan menembak diadakan kami diberi pendedahan terlebih dahulu tentang senjata dan skill-skill menembak yang betul..kelas menembak mengambil masa seminggu dan latihan telah diadakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) Tebrau selama 2 hari..



sebelum tembak menembak kite pose dulu




lepas isi peluru dalam senjata pose sekejap..hehe


(j/latih dibelakang tidak perasan kami beraksi begini..dibuat secara silent mode..haha)


menunggu giliran untuk shoot target yang xberapa nak nampak...

formasi yang tidak begitu menjadi..ngee!!
minggu ketiga



kami didedahkan dengan Ilmu Medan Perang. banyak yang kami perolehi dari 

kelas IMP. kami diajar cara-cara untuk serang hendap, bagaimana nak buat formasi mase nak serang musuh, how to survive in jungle dan banyak lagi. selain daripada kelas yg wajib dihadiri kitorang jugak perlu berlatih kawad setiap hari untuk persediaan majlis perbarisan tamat latihan nanti.so pagi sampai tengahari kitorang akan berkawad pastu petang attend kelas dan mlm pn after isyak sambung balik kelas. latihan hutan pulak telah dijalankan di Hutan  Simpan Panti, Kota Tinggi selama seminggu. okay enjoy the pictures!



disinilah tempatnye...



selepas di halau dari trak...ngeh..ngeh..
(kami perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 3km untuk sampai ke pengkalan)


sesi perbincangan untuk menjalankan serang hendap

(platun aku punye buku 2 hari jek da hancus!)



selepas serangan dilakukan...harusla kite berehat untuk mencekik ape yg 

patut..hehe


kedai bergerak dalam hutan..jual beli semua masuk buku cukup
 bulan bayar


xtvt masak-memasak..xsedap tolak tepi yg penting kenyang..haha


kannnn...makan megi...xselera katenye lauk askar..


bergaye tak aku???haha


ada iras taliban x gaye aku??hewhew

minggu keempat

after balik dari medan jek kitorang da sibuk kene buat persiapan untuk perbarisan tamat latihan..hari-hari kene kawad..muke aku yang cerah ni pun jadi hangus, cerah sikit je dari arang...hahaha...masa minggu last ni barulah rase macam taknak balik tau...sebab dengan member2 da closed sgt2..da la member semua sporting2...mcm nak menagis pun ade tau...tak nak byk membebel korang layan je la gamba2 ni..


sesi menunggu masuk ke padang kawad





kami bergerak masuk ke dalam padang kawad


berjalan lalu depan panglima


member2 yg sgt supportive and sporting!


jurulatih tersayang...Sjn Razali dan Sjn Mahadzir
Thanks a lot!




mak and abang kite datang tau...ops!BF kite pun ade gak...haha


and last but not least...






its me!!
6230625 PBT SUHANA BINTI SEMAN






















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

berhabuk....

1 April 2014

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/2012 (APMS)