Bercinta Lepas Kahwin vs Bercinta Sebelum Kahwin

 Entry kali ni aku terpanggil untuk bercerita pasal ' Bercinta Lepas Kahwin vs Bercinta Sebelum Kahwin'..tajuk saje sudah gah!hehe... sebenarnya aku pn xpasti sama ada bercinta lepas kawen tu bagus ke x...ade sesetengah orang kate best...kasih syg tu rse lebih nikmat...ade plak sesetengah orang ckp bercinta lepas kawen tu kne tanggung risiko yg tinggi..kemungkinan bleh menyebabkan penceraian..sebab utama, xsefahaman dan  xkenal perangai pasangan masing2...kadang2 aku pn konpius...sebab kalu bercerita pasal kawen orang akan kata kawen ni best...but for me la..kawen ni bkn benda main2..kita nk hidup kekal lama ngn pasangan kita...

Setelah aku google dan wat kajian ringkas pasal bercinta selepas kawen dan bercinta sebelum kawen aku dapat simpulkan bercinta selepas kawen lebih banyak membawa kebaikan berbanding bercinta sebelum kawen yg lebih banyak membawa keburukan selepas berkawen... 

Antara kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

1. Selepas berkahwin ucapan "I love you" adalah sgt indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan dan lebih mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan.
2. Once nk berjalan berpegangan tangan pn tidak salah sebab da halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
3. Segala maksiat akan dapat dielakkan.
4. ekonomi rumah tangga juga boleh menjadi lebih kukuh kerana setiap pasangan saling bergantungan antara satu sama lain.
5. nikmat hidup berdua tu tetap akan dapat dirasai walaupun terpaksa belajar tentang pasangan kita di peringkat permulaan.
6. Kebahagiaan kat dunia dan untuk bekalan hari akhirat insyaallah akan dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentulah syurga dan keredhaan Allah.
cam falsafah ni...


"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
cewah!!hehehe

Bercinta sebelum kahwin plak:
1. boleh menghampiri zina
2. sentiasa berada dalam ketakutan kerana sentiasa rasa ada yang memerhati setiap apa yang dibuat sebab xde ikatan yang sah lg dengan pasangan.
3. sentiasa dengar ayat-ayat cinta dri pasangan tapi bile da kawen nk dgr 1 ayat cinta pun susah...hehe
4. sentiasa hidup dengan angan-angan kerana setiap perancangan tu yg tentukan allah swt. kalau elok benda yg dirancang elok la jadinya..kalau benda yg dirancang tu xelok maka xelok la jadinya...
5. Dosa-dosa akan meningkat dan menggunung.kalau kita nasihat atau melarang dorang akan gune ungkapan cmni :

"Cinta apa camtu,kalau tak da dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,dan bersentuhan tangan".

so sebagai penutup entri kali ni renung2kanlah firman Allah swt tersebut...

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

sekian saja...wassalam...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

berhabuk....

1 April 2014

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/2012 (APMS)