Truly Speechless

Assalammualaikum semua,
Harini aku dapat emel from my klik tentang sesuatu yang sangat membuatkan aku terharu. aku rase memang tak patut sesebuah negara tu buat undang-undang yang aku rase memang tak masuk akal tu. aku harap manusia dekat luar sana boleh baca dan mungkin memg ade yang telah baca tentang artikel ni..so lets read the artikel la...mls nk cerita panjang2..
Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
Korang tengok tu mak bapak babies ni boleh mintak maap lagi pada seluruh rakyat negaranya dan pemimpin sebab terlahirkan anak kembar 12 orang tu...siap die cakap malu dengan kelahiran anak-anak yang tidak bertanggungjawab tu...aku tahu dorang sebenarnya sedih tapi nak buat macamane kan dan negara die buat undang-undang macam tu so nak tak nak semua orang kena follow the rules la...
Tapi pada aku untuk menjadi negara maju undang-undang macam ni tak bole pakai lg sebab tak dapat membantu ekonomi negara. walaupun kite tau China memang negara yang padat dengan penduduk tapi pada aku kelahiran bayi yang lebih dari satu dalam sesebuah keluarga adalah sedikit sebanyak membantu ekonomi keluarga itu sendiri. mane la tau kalau da besar budak-budak tu dapat belajar tinggi then dapat kerja bagus-bagus kan oleh menyumbang pada ekonomi keluarga dan negara. tak giteww?? but that is my opinion la...
Alhamdulillah Malaysia tak ada lagi undang-undang macam tu dan mudah-mudahan takkan wujudkan undang-undang macam tu. selisih malaikat 44 ko nk bunuh anak-anak yang baru lahir...dah la sakit beranak tak habis lagi anak dah nak kena bunuh...hohoho!memang tak la kan...sanggup ke korang nak bertindak kejam ke atas bayi yang comels-comels tu??
Finally, hargailah setiap pemberian daripada tuhan sebab sesungguhnya setiap anak yang lahir tu membawa rezeki tersendiri yang kite tak tau...i'am very speechless rite now!

x

Comments

Popular posts from this blog

berhabuk....

1 April 2014

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/2012 (APMS)